...MY FRIENDS....

Selasa, 8 November 2011

Brazil sisih Kaka, Marcelo


RIO DE JANEIRO: Konfiderasi Bola Sepak Brazil (CBF) mengesahkan pemain perancang Piala Dunia, Kaka (gambar) dan rakan sepasukannya di Real Madrid, Marcelo akan terlepas dua perlawanan persahabatan bersama skuad Brazil.
Jurulatih Real, Jose Mourinho berkata, bekas Pemain Terbaik Dunia itu perlu menunggu lebih lama sebelum dapat kembali beraksi pada saingan antarabangsa dengan Brazil selepas berdepan kecederaan betis.

“Dia tidak dibenarkan beraksi kerana mengalami kecederaan otot seperti yang disahkan menerusi imbasan yang dihantar oleh Real Madrid kepada jabatan perubatan pasukan Brazil,” menurut CBF menerusi laman webnya.
Selain itu, pemain tengah Bayern Munich, Luiz Gustavo juga bakal terlepas perlawanan Khamis ini di Gabon kerana dia tidak memenuhi syarat yang diperlukan untuk memasuki negara Afrika dan khidmatnya hanya dapat digunakan ketika bertemu Mesir di Qatar.

Brazil yang juga tuan rumah Piala Dunia 2014, akan bertemu Gabon di Libreville pada Khamis dan kemudiannya bertemu Mesir di Doha empat hari selepas itu.

Kaka pula sedang mencari peluang untuk bermain pada aksi antarabangsa pertamanya sejak kali terakhir diturunkan ketika Brazil tewas pada suku akhir Piala Dunia di Afrika Selatan.
“Dia tidak sempat untuk pulih. Ia adalah kecederaan yang langsung tiada kaitan dengan kecederaan serius yang dialaminya sebelum ini,” kata Mourinho. “Ia adalah kecederaan ringan yang biasa dialami semua pemain pada setiap musim dan dia perlu bersama-sama kami selama 15 hari untuk pulih sepenuhnya. - Reuters

Tiada ulasan:

Catat Ulasan