...MY FRIENDS....

Sabtu, 11 Februari 2012

-Seindah Sakura-

   Salam semua,,,apa khabar?harap koang semua sihat dan ceria selalu...dah dekat sebulan tak update blog...selalunya setiap minggu kemaskini blog tapi sekarang ni masa sentiasa mencemburui aku...maklum lah setiap malam ada kelas tuisyen(PMR) sampaikan orang kata,aku dah kurus tapi aku tak nampak langsung...haha...nasib baik kelas tambahan kat sekolah blom mula lagi...kalau tak,tak taw lar apa yg akan jadi...letih sangat-sangat tapi harap apa yang dibuat ni berbaloi-baloi...amin...

  ok...dah habis dh part tu dan skrang pergi ke part seterusnya...aku un tak taw,macam mane skolah ak leh terpilih untuk dijadikan pengambaraan drama Seindah Sakura (AKASIA) walauapapun,aku rasa bangga sebab sekolah aku... berduyun-duyun orang tangkap gambar dengan fahrin ahmad,zul huzaimi,fasha sandha,azza af1 dan ramai lagi. termasuk gak dengan aku...apapun aku tak sabar nak tunggu drama nie...



SINOPSIS SEINDAH SAKURA




SHAKIRA terumbang-ambing akibat kemiskinan hidup dan hilang tempat bergantung. Airil yang hadir dengan perspektif negatif terhadap gadis itu, akhirnya berubah mencintainya dalam diam. Sukar bagi Shakira untuk bahagia, lantaran ada hati yang dengki dan merancang balas dendam. Hati hitam milik Anida berjaya membuatkan cinta Shakira dan Airil ter halang hingga lelaki itu membawa diri meninggalkan Shakira terkapai-kapai keseorangan. Sejak itu, satu per satu badai datang melanda hingga hidup gadis itu tidak menentu. Di universiti, Shakira menemui cinta baru, tapi malangnya dia sudah jadi milik orang lain. Demi kasih pada ibu, dia rela berkorban biarpun hatinya hancur bagai kaca berderai ke bumi. Shakira cuba menjadi SEINDAH SAKURA meskipun harapan untuk mendapatkan kembali cinta sejati semakin mustahil. Namun, dia perlu percaya pada jodoh yang telah tersurat untuknya. Mungkin kita sengaja dipertemukan dengan cinta yang salah agar kita bersyukur setelah mendapatkan cinta yang sebenar...


                                                                                                                 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan